top of page
Search


50 Syarikat PKS Terbaik Terima Anugerah Enterprise 50 2026
17 Oktober 2026 KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terbaik negara menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Enterprise 50 (E50) 2026 anjuran SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Majlis Makan Malam Anugerah E50 yang berlangsung pada 16 Oktober lalu disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong. Anugerah berprestij itu bertujuan mengiktiraf pencapaian dan
nabalunews


16 koperasi di Sabah terima Bantuan Pembangunan SKM berjumlah RM1.19 juta - Ewon
16 Oktober 2026 KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, sebanyak 16 koperasi di Sabah menerima Bantuan Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melibatkan peruntukan keseluruhan RM1.19 juta bagi tahun 2026. Beliau yang juga bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, bantuan itu merupakan antara usaha Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pem
nabalunews


COOPFEST Borneo platform perluas perniagaan koperasi Sabah, Sarawak - Ewon
16 Oktober 2026 KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, COOPFEST Borneo merupakan platform untuk memperluas jaringan perniagaan koperasi Sabah dan Sarawak. Beliau berharap pertemuan koperasi dari kedua-dua negeri itu bukan sekadar mempromosikan produk, tetapi turut membuka peluang kepada hubungan pembekalan, perkongsian kepakaran dan pasaran yang berkekalan. “COOPF
nabalunews


Allison Sokong Cadangan Ewon Utamakan Anak Sabah dalam Pengajian Perubatan di UMS
16 Oktober 2026 KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Generasi Muda UPKO Pusat, Allison Chan, menyokong penuh cadangan Presiden UPKO merangkap Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick, supaya peluang pengajian perubatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikhususkkan kepada anak-anak Sabah sebagai langkah jangka panjang menangani kekurangan pegawai perubatan di negeri ini. Beliau berkata, cadangan yang dibangkitkan Ewon ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat itu wajar
nabalunews


Madius cadang dana demografi Persekutuan bantu Sabah tanggung kos perkhidmatan awam
KUALA LUMPUR, 15 Okt - Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mencadangkan penubuhan Dana Tanggungjawab Demografi Persekutuan bagi membantu Sabah menampung kos tambahan penyediaan perkhidmatan awam susulan kehadiran penduduk bukan warganegara di negeri itu. Beliau berkata urusan imigresen, kawalan sempadan dan kewarganegaraan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, namun Sabah turut menanggung tekanan perbelanjaan terhadap hospital, sekolah, kese
nabalunews


Pajakan Tanah Sumbang Kepada Unjuran RM25 Juta SEDCO - Masiung
15 Oktober 2026 KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) mengunjurkan pulangan RM25 juta kepada Kerajaan Negeri tahun ini. Pengerusinya, Datuk Masiung Banah berkata, unjuran itu merangkumi bayaran dividen, bayaran pinjaman serta sumbangan langsung kepada Kerajaan Negeri, susulan prestasi kewangan yang lebih baik termasuk penyelesaian tunggakan pajakan tanah oleh PETRONAS. "SEDCO mengunjurkan pulangan RM25 juta kepada Kerajaan Negeri tahun ini berbanding RM1
nabalunews


RM15 Bilion Bantu 10,000 PMKS Tingkat Skala Perniagaan
15 Oktober 2026 KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperkenalkan inisiatif PowerUp 10k dengan kemudahan pembiayaan sehingga RM15 bilion bagi membantu 10,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meningkatkan skala perniagaan serta daya saing di pasaran domestik dan antarabangsa. Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, agenda peningkatan skala PMKS merupakan antara keutamaan kementerian dalam usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan
nabalunews


Perkom Anggap Herba Tempatan Umpama Ketulan Emas
KOTA MARUDU — Jika orang menyedari khasiat herba, sudah tentu mereka tidak sanggup menggantikan dengan ketulan-ketulan emas. Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Ekonomi Kota Marudu (PERKOM), Dato’ Dr. Janathan Kandok, berkata demikian dalam majlis yang dihadiri pasukan pemasaran herba anjuran HPA International di Bian Republic hari ini. “Kunyit, hempedu bumi, tongkat ali dan kacip fatimah adalah produk amalan perubatan tradisional bernilai tinggi yang disokong kuat oleh kajian
nabalunews
bottom of page
