top of page
Search


RM600 juta daripada RM1.5 bilion sudah dibayar kepada Sabah - MOF
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Sebanyak RM600 juta daripada keseluruhan Pemberian Khas berjumlah RM1.5 bilion telah pun disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah pada 12 Jun 2026. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), pembayaran itu dibuat sebagai sebahagian daripada amaun baharu Pemberian Khas kepada Sabah yang dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah. “Baki sebanyak RM900 juta akan disalurkan selepas Perintah Pemberian Khas baharu berkuat
nabalunews


Wanita ditahan, dadah bernilai RM1,800 dirampas di Penampang
Oleh Romie Stanley DGuns KOTA KINABALU, 9 Julai – Seorang wanita tempatan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu operasi di Penampang pada 7 Julai lalu. Dalam operasi kira-kira jam 10.30 malam itu, suspek yang berusia lingkungan 20-an ditahan di hadapan tangga bersebelahan sebuah restoran di Beverly Hills, Penampang hasil maklumat risikan berkaitan aktiviti pe
nabalunews


Keselamatan komuniti tanggungjawab bersama
Oleh Kidd 9 Julai 2026 KOTA BELUD: Keselamatan komuniti adalah tanggungjawab semua pihak bagi memastikan setiap keluarga dan masyarakat berada dalam persekitaran yang selamat. Pemaju Mukim Kadamaian, Hadlee Panchai berkata, penglibatan aktif masyarakat bersama agensi berkaitan amat penting dalam memupuk budaya keselamatan, sekali gus meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi sebarang risiko atau kecemasan. “Program seperti ini bukan sahaja meningkatkan keseda
nabalunews


Pemimpin Muda Perlu Diberi Ruang Memimpin, Bukan Sekadar Tunggu Giliran – Jainysius
Oleh : Romie Stanley DGuns TUARAN, 8 Julai – Generasi muda mesti dilayan sebagai rakan seperjuangan yang setara, bukan sekadar pewaris yang menunggu giliran, kata Ketua Generasi Muda UPKO Bahagian Tuaran, Jainysius Sipan. Dalam ucapannya pada mesyuarat perwakilan UPKO Bahagian Tuaran, 5 Julai lalu, beliau menegaskan bahawa peluang kepimpinan harus diberikan secara adil kepada golongan muda tanpa mewajibkan mereka melalui tempoh menunggu yang panjang. "Kalau tidak dipecahkan r
nabalunews


Imigresen Sabah minta bantuan kesan wanita warga Filipina
Oleh : Romie Stanley DGuns KOTA KINABALU, 8 Julai – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita warga Filipina bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63. Wanita berkenaan dikenali sebagai Sitti Junda Pistino, 54, dengan alamat terakhir di Lorong 2, Kampung Navahiu 2, Jalan Kompimpinan Dabak, 88200 Penampang, dekat sini. JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan notis pengesanan itu dikeluarkan bagi membantu si
nabalunews


Taufan Bavi perkukuh Monsun Barat Daya, angin kencang dijangka landa Sabah
Oleh : Romie Stanley DGuns KOTA KINABALU, 8 Julai – Pengaruh Taufan Bavi di barat Lautan Pasifik dijangka mengukuhkan aliran Monsun Barat Daya, sekali gus menyebabkan peningkatan kelajuan angin serta risiko pembentukan garis badai (squall line) di Pantai Barat Sabah dan Labuan bermula esok hingga 11 Julai ini. Keadaan paling kritikal diramal berlaku pada 10 Julai dengan tiupan angin di kawasan utara Sabah, termasuk Kudat, berpotensi mencecah sehingga 60 kilometer sejam. Menur
nabalunews


JPJ Kudat laksana Ops PEWA, sasar pemandu warga asing dan penyalahgunaan dadah
Oleh : Romie Stanley DGuns KUDAT, 8 Julai – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat melaksanakan Ops Khas Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Ops Bersepadu Dadah Kenderaan Perdagangan secara serentak semalam bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang jalan raya serta membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan. Operasi itu dijalankan dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, Baha
nabalunews


208 PTI ditahan dalam operasi tiga hari JIM Sabah
Oleh: Romie Stanley DGuns KOTA KINABALU, 8 Julai – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan seramai 208 pendatang asing tanpa izin (PTI) dalam operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan serentak di seluruh negeri selama tiga hari, bermula 30 Jun hingga 2 Julai lalu. Dalam operasi itu, seramai 1,187 individu diperiksa menerusi 26 siri serbuan di beberapa lokasi strategik di seluruh Sabah, dengan 208 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di
nabalunews
bottom of page
