top of page
Search


Polis Kudat tahan enam individu, rampas syabu bernilai RM16,000
Oleh: Romie Stanley DGuns KUDAT, 8 Julai – Polis merampas 161.49 gram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM16,000 serta menahan enam individu dalam satu serbuan di lima lokasi sekitar daerah ini pada 6 dan 7 Julai lalu. Operasi bersepadu yang dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bermula jam 7 malam pada 6 Julai dan berakhir kira-kira jam 4.45 pagi keesokan harinya. Antara lokasi yang diserbu ialah Kampung Tanjong Kapor, Kampung
nabalunews


Polis Beluran rampas 37.33 gram syabu, dua lelaki ditahan di Tongod
Oleh : Romie Stanley DGuns 8 Julai 2026 TONGOD: Polis merampas 37.33 gram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM4,100 serta menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Napagang, di sini, pada 5 Julai lalu. Serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran itu membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing berusia 21 tahun dan seorang le
nabalunews


Jainysius kekal terajui GEM UPKO Tuaran, lapan muka baharu dipilih
Oleh Romie Stanley DGuns 8 Julai 2026 TUARAN: Jainysius Sipan kekal menerajui Pergerakan Generasi Muda (GEM) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Tuaran apabila dipilih tanpa bertanding sebagai Ketua GEM bagi sesi 2026–2029. Kesemua 11 jawatan lain dalam jawatankuasa pergerakan itu turut dimenangi tanpa bertanding selepas tiada pencalonan lain diterima sepanjang proses pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Tuaran, di sini, baru-baru ini.
nabalunews


Komitment Penjawat Awam Penentu Realisasikan SMJ 2.0
8 Julai 2026 KOTA KINABALU: Kejayaan merealisasikan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bergantung kepada kekuatan, komitmen dan keupayaan seluruh penjawat awam untuk bergerak sebagai satu pasukan. Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Zainudin Aman berkata setiap kementerian, jabatan dan agensi perlu bertindak sebagai rakan strategik dalam menjayakan SMJ 2.0. "Kejayaan sesebuah kerajaan tidak hanya diukur melalui dasar yang diumumkan atau pelan yang dirangka, tetapi melalui
nabalunews


Wanita UPKO Tenom mahu keusahawanan, ekonomi wanita luar bandar diperkasa
8 Julai 2026 TENOM: Wanita UPKO Bahagian Tenom menggesa agar agenda memperkasakan keusahawanan dan ekonomi wanita luar bandar terus diberi keutamaan dalam perjuangan parti bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat, khususnya di kawasan Pedalaman Atas. Ketua Wanita UPKO Bahagian Tenom, Rosianah Abok, berkata wanita merupakan pemangkin utama kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan ekonomi masyarakat, namun masih ramai yang berdepan pelbagai cabaran termasuk kekurangan moda
nabalunews


Program Kesihatan Daerah Tenom Tarik 133 Peserta
Oleh: Wartawan Nabalu News TENOM, 8 Julai – Program Kesihatan Daerah Tenom anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS) Daerah Tenom dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Tenom dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) berjaya menarik penyertaan seramai 133 peserta di Pentas Terbuka Sedcovest, Tamu Pekan Tenom, di sini. Program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 1 petang itu menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk pemeriksaan te
nabalunews


Madius Cadang Akta Pelarian Malaysia Digubal Tangani Isu Pelarian
KUALA LUMPUR, 7 Julai – Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menggesa kerajaan agar segera menggubal Akta Pelarian Malaysia sebagai suatu kerangka perundangan nasional yang komprehensif bagi menangani polemik pelarian di negara ini secara tuntas. Menurutnya, ketiadaan undang-undang yang terperinci telah menyebabkan pengurusan isu pelarian di negara ini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada dasar pentadbiran serta amalan semasa semata-mata. "Saya dan
nabalunews


Pengusaha gerai hargai sokongan Ewon realisasikan Tamu Desa Kabatang Baru
7 Julai 2026 TULID: Pengusaha gerai di Kampung Kabatang Baru merakamkan penghargaan kepada Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick atas sokongan beliau sehingga pembinaan Tamu Desa Kampung Kabatang Baru dapat direalisasikan, sekali gus memberi manfaat kepada peniaga dan penduduk setempat. Pengerusi Penggerai Pisompuruon Kampung Kabatang Baru, Didacus Ujil berkata, tamu desa yang beroperasi setiap hari Selasa itu menjadi lokasi penduduk sekitar menjalankan aktiviti jual beli pelbag
nabalunews
bottom of page
