top of page

15 Julai Tarikh Akhir Kemuka Borang Nyata Tahun Taksiran 2024

  • nabalunews
  • 7 days ago
  • 1 min read

2 Julai 2025


KUALA LUMPUR: Tarikh akhir bagi mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2024 secara e-Filing untuk pembayar cukai yang menjalankan perniagaan ditetapkan pada 15 Julai ini.


Dalam kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan, ia termasuk bagi bayaran cukai dan baki cukai kena dibayar.


Menurut LHDN, kategori pembayar cukai terlibat adalah individu pemastautin yang menjalankan perniagaan serta individu pemastautin (pekerja berpengetahuan, berkepakaran dan bukan warganegara memegang jawatan utama.


“Selain itu, kategori lain membabitkan individu bukan pemastautin, individu bukan pemastautin (pekerja berpengetahuan), perkongsian, pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu Hindu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


LHDN memaklumkan pengemukaan borang nyata (BN) melalui e-filing boleh dibuat menerusi portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my atau portal rasmi HASIL di https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.


Rujukan kepada borang-borang yang berkaitan boleh diperoleh menerusi pautan di https://www.hasil.gov.my/borang/muat-turun-borang/.


LHDN menyeru agar pembayar cukai mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti, kenaikan atau tindakan perundangan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.


“Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk memastikan semua maklumat peribadi dan butiran akaun bank dikemas kini serta lengkap semasa pengemukaan BN.


“Langkah ini penting bagi memastikan proses bayaran balik cukai (sekiranya berkenaan) dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang halangan,” tambah kenyataan itu.


Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 000 (luar negara) atau menerusi Hasil Live Chat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page