2.3 juta pemegang lesen memandu dalam status tidak aktif – JPJ
- nabalunews
- Sep 20, 2025
- 1 min read

20 September 2025
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif, sama ada sudah tamat tempoh atau tidak diperbaharui melebihi tiga tahun.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, semua individu yang memandu kenderaan motor atas jalan perlu mempunyai lesen memandu sah dan berkuat kuasa selaras dengan ketetapan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Katanya, adalah menjadi kesalahan sekiranya mereka memandu dengan menggunakan lesen tidak aktif memandangkan ia akan menimbulkan pelbagai risiko berbangkit kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
“Sekiranya pemegang lesen terbabit masih berhasrat untuk memandu kenderaan motor atas jalan, individu itu wajib menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03).
“Ia boleh diduduki di mana-mana institut memandu berdekatan untuk mendapatkan atau mengaktifkan semula lesen memandu berkenaan selaras ketetapan Akta 333," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, semua pemegang lesen CDL yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun digesa untuk segera memperbaharui lesen melalui aplikasi MyJPJ, portal mySikap atau mana-mana kaunter JPJ di seluruh negara bagi mengelak kewajipan menduduki semula KPP02 dan KPP03.















Comments