top of page

22 individu disiasat sebar berita palsu krisis tenaga global

  • nabalunews
  • 7 days ago
  • 1 min read

8 April 2026


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) membuka sebanyak 36 kertas siasatan berkaitan penyebaran berita palsu di media sosial dan media digital melibatkan krisis tenaga global.


Susulan itu, MCMC memaklumkan, 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan.


“Sebanyak enam kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi penelitian dan tindakan selanjutnya.


“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.


MCMC menegaskan pihaknya memandang serius penyalahgunaan platform media sosial yang bertujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.


Menurut MCMC, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.


“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page