26 orang pemimpin Pertubuhan Peladang kawasan Nabawan, Sook dan Keningau lawatan MAHA 2024 di MAEPS Serdang Selangor
- nabalunews
- Sep 20, 2024
- 1 min read

20 September 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
SERDANG: Seramai 26 orang terdiri daripada pemimpin Pertubuhan Peladang kawasan Nabawan, Sook dan Keningau mengadakan lawatan sambil belajar sempena 100 Tahun Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS Serdang, Selangor.
Lawatan sambilan belajar itu ditaja oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.
Sepanjang lawatan itu, rombongan mengunjungi pameran-pameran yang berasaskan pertanian dan pengeluaran makanan.
Rombongan juga bersama dengan Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkunjung di reruai Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia di dewan pameran.
Selepas itu rombongan dibawa Urusetia Pejabat Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan berkunjung ke Pavilion Sabah yang terletak di sekitar MAEPS di mana MAHA 2024 berlangsung.
Turut sama dalam lawatan itu Pengurus Besar Pertubuhan Peladang (PPK) Nabawan, Jupri Jubah, Pengurus Besar PPK Keningau Osmund David, Pengerusi PPK Keningau Alexius Paulus, Pengerusi PPK Nabawan Marutin Ansiung dan Pengerusi Penaja PPK Sook Sakim Ibrahim.
Comments