top of page

33,400 aduan penipuan dalam talian direkodkan sejak 2023

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

5 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima sebanyak 33,400 aduan berhubung dakwaan penipuan dalam talian sejak 2023 hingga tahun lalu.


Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, jumlah itu direkodkan sebagai aduan tertinggi berbanding keseluruhan 136,082 aduan pelbagai kategori yang diterima kementerian berkenaan dalam tempoh dua tahun.


Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 83,239 aduan membabitkan bidang kuasa KPDN.


“Antara aduan utama yang diterima melibatkan harga barang atau perkhidmatan yang mengelirukan, kegagalan menerima barang atau perkhidmatan yang ditawarkan, serta barangan atau perkhidmatan yang diterima tidak seperti yang diiklankan.


“Selain itu, aduan turut membabitkan aktiviti cetak rompak atas talian, penjualan barangan tiruan menerusi platform digital, serta penglibatan dalam penajaan skim piramid secara dalam talian,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkenaan jumlah kes penipuan atau scam melibatkan transaksi jual beli yang dilaporkan sejak 2023 hingga kini.


Sehubungan itu, Armizan berkata, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan platform Penyelesaian Pertikaian Dalam Talian atau Online Dispute Resolution (ODR) bagi menangani peningkatan kes penipuan e-dagang.


Katanya, reformasi undang-undang e-dagang itu dijangka dibentangkan pada sesi atau penggal persidangan Dewan Rakyat akan datang.


“Platform ODR yang akan dikawal selia kerajaan ini bertujuan memudahkan proses rundingan, mediasi dan pendengaran kes secara digital, sekali gus meningkatkan perlindungan pengguna serta membangunkan ekosistem e-dagang yang lebih mampan.


“Ia akan dimulakan dengan aduan dan kes yang membabitkan bidang kuasa KPDN sebelum diperluaskan ke seluruh ekosistem e-dagang,” ujarnya.

 
 
 

1 Comment


Albert John
Albert John
26 minutes ago

Insightfully organized and forward looking, this piece explains how businesses are shaping the future of customer experience in a very practical way. The trends discussed feel relevant and well researched. I came across a comparable analysis while reading content on https://maydayhoustonlaw.com/ about evolving consumer expectations, and it reinforced many of the ideas shared here. This article offers valuable perspective for anyone interested in customer focused innovation.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page