40 PERATUS PENDIGITALAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN E2E AKHIR TAHUN INI40 PERATUS PENDIGITALAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN E2E AKHIR TAHUN INI
top of page
  • nabalunews

40 PERATUS PENDIGITALAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN E2E AKHIR TAHUN INI



7 DIS 2020


PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan 40 peratus pendigitalan penyampaian perkhidmatan End-to-end, iaitu E2E sepenuhnya, menjelang akhir tahun ini berbanding 20.2 peratus pada 2019, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau berkata proses digitalisasi akan terus dipergiat dan tumpuan juga diberikan kepada pembangunan ekonomi digital bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara pasca-COVID-19.


"Dalam mendepani kesan ekonomi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara, kerajaan mengambil pendekatan secara inklusif dan menyeluruh dalam usaha menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat.


"Ini termasuk usaha memperkasa agenda pendigitalan yang merupakan antara teras dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030," katanya ketika berucap melancarkan portal MalaysiaBiz yang disiarkan menerusi laman Facebook MAMPU hari ini.


Portal MalaysiaBiz berfungsi sebagai pusat setempat bagi memudahkan pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen dalam talian secara efisien.


Muhyiddin berkata sasaran proses pendigitalan itu juga diperkasakan dengan penubuhan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara yang dipengerusikan oleh beliau bagi memastikan pembangunan ekonomi digital yang mampan untuk manfaat semua seiring dengan potensi teknologi 4IR di negara ini. – Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page