top of page

413,299 Calon SPM 2025 Terima Keputusan 31 Mac

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


9 Mac 2026


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026 (Selasa).


Seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2025 di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.


Menurut kenyataan media KPM hari ini, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut. Manakala calon persendirian pula boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk mendapatkan keputusan.


Pihak sekolah diminta memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.


Calon juga boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah alternatif:


Dalam talian: Melalui pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan mulai pukul 10:00 pagi 31 Mac 2026 sehingga pukul 6:00 petang 6 April 2026.


SMS: Dengan menaip SPM<spasi>NoKP<spasi>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini diaktifkan pada waktu yang sama.


KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2025 serta berharap kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page