top of page

463 permohonan turun kandungan berita palsu isu krisis tenaga

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

22 April 2026


PUTRAJAYA: Sebanya 463 permohonan penurunan kandungan berita palsu berkaitan krisis bekalan global telah diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat hari ini.


Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, semua permohonan diterima akan dipanjangkan kepada penyedia platform media sosial terlibat untuk tindakan susulan mengikut prosedur sedia ada.


Berdasarkan aduan yang diterima, katanya platform Facebook mencatat jumlah tertinggi dengan 185 permohonan, diikuti TikTok sebanyak 142 kandungan, manakala Threads merekodkan 131 kandungan.


“Daripada 463 permohonan ini, sebanyak 65 kertas siasatan telah dibuka dan satu kes telah diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara untuk didakwa di mahkamah.


“Selain itu, lima kes menerima nasihat untuk dikenakan arahan kompaun dan selebihnya masih dalam siasatan,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet hari ini.


Fahmi berkata, kandungan berita palsu yang paling banyak dilaporkan melibatkan isu harga bahan api serta kadar tol berkaitan Selat Hormuz.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sebarang kandungan khususnya dalam situasi krisis yang sensitif dan memberi kesan langsung kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page