top of page

54 Kes Penipuan Atas Talian Membabitkan Kerugian RM4.3 Juta

  • nabalunews
  • May 2
  • 1 min read


2 Mei 2025


SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan merekodkan 54 kes jenayah penipuan dalam talian melibatkan kerugian mencecah RM4.3 juta sepanjang tempoh Januari hingga April tahun ini.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, penipuan atas talian dikesan terus meningkat dan menjadi antara jenayah utama di daerah itu.


Katanya, ia membabitkan mangsa dari pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional, ahli perniagaan dan juga pesara.


"Sepanjang tahun 2024, sebanyak 170 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian yang jauh lebih besar iaitu sebanyak RM23,062,232.60.


"Majoriti mangsa adalah individu berusia antara 31 hingga 50 tahun, dengan 61.11 peratus daripada mereka adalah lelaki manakala 38.89 peratus wanita," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya memandang serius isu ini dan menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati serta tidak sewenang-wenangnya memberikan maklumat akaun bank kepada orang ketiga.


"Tindakan memberikan akaun bank kepada pihak lain, sama ada secara rela atau terpedaya, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi 'keldai akaun'.


"Individu yang disabitkan dengan kesalahan ini boleh disiasat mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda antara RM10,000 hingga RM100,000, penjara antara satu hingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


Sementara itu, katanya polis akan terus menjalankan siasatan dan pemantauan bagi mengekang jenayah ini daripada terus berleluasa.


Katanya, masyarakat digesa supaya sentiasa berwaspada ketika melakukan sebarang urusan dalam talian

留言


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page