top of page

596 jangkitan baharu tibi dikesan, Sabah kekal catat kes tertinggi

  • nabalunews
  • Feb 21
  • 2 min read

21 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Sebanyak 596 kes baharu penyakit Tuberculosis atau Tibi didaftarkan bagi Minggu Epidemiologi ke-6 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 3,161 kes.


Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, Sabah kekal mencatatkan jumlah tertinggi dengan 755 kes atau 23.88 peratus daripada keseluruhan kes, diikuti Selangor sebanyak 596 kes (18.85 peratus) dan Sarawak 332 kes (10.50 peratus).


“Johor merekodkan sebanyak 280 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (244), Kedah (181), Pulau Pinang (172), Perak (154) dan Kelantan (121), Pahang (103), Terengganu (74) dan Negeri Sembilan dengan 62 kes.


“Manakala sebanyak 48 kes direkodkan di Melaka, diikuti Perlis dengan 21 kes, sementara Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah terendah iaitu 18 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.


KKM menegaskan, bulan Ramadan bukan punca berlakunya penularan penyakit berkenaan, namun peningkatan aktiviti sosial dan perhimpunan sepanjang bulan ini secara umumnya meningkatkan interaksi dalam kalangan masyarakat.


Sehubungan itu, KKM menyarankan orang ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan serta majlis berbuka puasa bersama keluarga dan kenalan terus mengamalkan langkah kesihatan kendiri secara konsisten, termasuk dari segi kesihatan pernafasan.


"Tibi ialah penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh merebak apabila seseorang yang menghidap tibi paru-paru aktif batuk, bercakap atau bersin.


"Bagaimanapun, tibi lazimnya tidak merebak dengan cepat seperti influenza atau COVID-19 dan biasanya memerlukan pendedahan yang lebih lama serta berulang," katanya.


Jelas KKM, risiko penularan boleh meningkat sekiranya seseorang terdedah dalam tempoh yang panjang di ruang tertutup, sesak dan kurang pengudaraan, khususnya jika terdapat individu dengan tibi aktif yang belum menjalani rawatan.


Namun katanya, risiko sebenar bergantung kepada beberapa faktor termasuk tempoh pendedahan, keadaan pengudaraan dan tahap kesihatan individu terbabit.


“Sehubungan itu, orang ramai digalakkan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul, memastikan pengudaraan yang baik di ruang tertutup, memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di tempat sesak.


"Selain itu, individu yang mengalami batuk berpanjangan melebihi dua minggu atau gejala lain berkaitan dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan kesihatan,” katanya.


Dalam pada itu, KKM menegaskan pendekatan berasaskan kesedaran komuniti amat penting bagi memastikan pengesanan awal, rawatan yang berkesan serta pencegahan penularan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

 
 
 

8 Comments


qesyz
Aug 25

The report highlights an important public-health concern, especially with Sabah continuing to record a significant tuberculosis canadian furniture burden. Raising awareness, encouraging early attention, and supporting prevention efforts matter greatly, and appreciates informative reporting that keeps communities informed.

Like

najowizil
Aug 05

Thank you for sharing this important public health update in a clear and responsible manner. Raising awareness through reliable https://superfabrications.com/ information benefits communities and encourages informed decisions. appreciates news reporting that emphasizes education, awareness, and public understanding of significant health issues.

Like

dodufuqama
Jul 23

Great insights on the importance of addressing tuberculosis through awareness, early diagnosis, and proper treatment. Public Postpartum Counselling health education remains essential for reducing infections and protecting communities. Thank you for sharing valuable information. sleepbaby appreciates educational content that encourages healthier, safer lives for everyone.

Like

dodufuqama
Jul 23

Selecting premium truck auto parts and accessories helps maximize reliability, safety, functionality, and appearance. Whether husky floor mats canada maintaining a hardworking commercial vehicle or customizing a personal pickup, quality components provide lasting value. Regular maintenance combined with dependable accessories ensures trucks remain ready for every journey and task.

Like

Albert John
Albert John
Jul 12

Appreciate the effort put into sharing important updates about tuberculosis cases and public health awareness. Information like this helps communities better understand current challenges and the importance of early prevention and treatment. I recently came across another informative discussion involving https://www.jasonranallolaw.com/ that similarly stressed the importance of staying informed before making important decisions. Reliable educational content like this plays an important role in encouraging healthier and more responsible communities.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page