top of page

6 kru kapal warga asing miliki 41,000 liter petrol tanpa kebenaran dan lesen, dipenjara 12 bulan

  • nabalunews
  • Sep 10, 2024
  • 1 min read

10 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: 6 kru kapal warga asing berusia antara 25 hingga 45 tahun Masin-masing dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan selepas kesemua mereka mengaku bersalah secara bersama memiliki barang kawalan.


Mereka dijatuhkan hukuman kerana memiliki 41,000 liter minyak petrol secara borong atau runcit tanpa lesen di atas Kapal MT Rahmah yang sedang berlabuh di perairan berhampiran Kampung Cenderamata, Sandakan pada Ogos 2023.


Mereka mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan, Mohd Fishir @ Fisal selepas pertuduhan dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dibacakan terhadap mereka hari ini.


Zaini juga memerintahkan agar Kapal MT Rahmah dan peralatan berkaitan dilucut hak dan hasil penjualan rampasan minyak petrol dalam kes itu diserahkan kepada pihak kerajaan Malaysia.


Mengikut fakta pertuduhan, kesemua lelaki itu telah ditahan semasa serbuan terhadap kapal berkenaan yang dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada 21 Ogos 2023, kira-kira jam 9.00 malam di perairan berhampiran Kampung Cenderamata,Sandakan.


Ketika itu, pemeriksaan mendapati kapal terbabit memuatkan barang kawalan iaitu minyak petrol sebanyak 41,000 liter tanpa sebarang dokumen pengesahan.


Kes itu kemudian diserahkan kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. 


Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya KPDN Sabah, Md. Syafique Md. Hilmie.


Manakala tertuduh diwakili peguam iaitu Tan Arthur Borine & Partners.


Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John, menegaskan, KPDN Cawangan Sandakan akan terus menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Ops Tiris.


Jelasnya, ia bagi membanteras sebarang aktiviti penyelewengan dan ketirisan minyak petrol dan diesel di daerah ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page