704 pelajar di Tenom terima bantuan awal persekolahan YBR
27 April 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
TENOM: Seramai 704 murid dari kalangan B40 menerima bantuan awal persekolahan Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Persatuan Etnik Murut Timugon Sabah.
Majlis itu yang diadakan di Dewan Seri Panglima Antanom disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Bank Rakyat Datuk Philip Lasimbang, hari ini.
Ketika berucap pada majlis itu Philip berkata, bantuan awal persekolahan itu diberikan kepada pelajar golongan B40 yang telah dikenalpasti di kawasan Tenom.
“Bantuan ini adalah untuk mengurangkan bebanan kewangan keluarga pelajar berkenaan terutamanya di kawasan pedalaman.
“Saya berhaap bantuan ini dapat membawa keceriaan dan dorongan kepada para pelajar untuk terus belajar kerana hanya pendidikan dapat mengubah masa depan seseorang menjadi lebih baik,” katanya.
Pada majlis itu, turut disampaikan sebanyak 450 buah kalkulator kepada tiga buah sekolah menengah iaitu SMK Tenom, SMK St.Anthony dan AM Chung Hwa Tenom untuk kegunaan para pelajar di sekolah berkenaan.
Turut hadir Pengerusi Persatuan Etnik Murut Timugon Sabah Junik Baajit, yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR.
Philip turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick kerana terus memberi sokongan kepada YBR untuk memastikan para pelajar kurang berkemampuan di kawasan pedalaman mendapat pembiayaan dan bantuan sewajarnya.
“Selain memberikan fokus terhadap pembangunan keusahawanan, Datuk Ewon juga amat menitik beratkan soal pendidikan dan mahu YBR yang berada di bawah portfolio kementeiannya terus memberikan bantuan kepada pelajar yang memerlukan,” katanya.
Comments