top of page

989 mangsa banjir dipindah ke PPS, Beaufort paling terjejas

  • nabalunews
  • Feb 9
  • 1 min read

9 Februari 2025


KOTA KINABALU: Seramai 989 mangsa banjir membabitkan 305 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di beberapa daerah di negeri ini.


Jumlah itu dilaporkan terus meningkat khususnya di daerah Beaufort berikutan situasi banjir di daerah itu semakin naik.


Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, setakat jam 8 pagi tadi, semua mangsa terbabit ditempatkan di enam PPS iaitu di Beaufort, Membakut, Kinabatangan dan Tambunan.


Menurut laporan itu, Membakut adalah daerah terbaharu dilanda banjir dengan seramai 160 mangsa daripada 53 keluarga dipindahkan ke PPS sejak semalam.


Manakala dua PPS di daerah Keningau ditutup sepenuhnya semalam, selepas air banjir pulih di semua kawasan terjejas .


Sementara itu, daerah Beaufort mencatat paling ramai mangsa dipindahkan setakat ini dengan seramai 538 orang daripada 177 keluarga di dua PPS.


Jumlah mangsa banjir yang masih berada di PPS di Kinabatangan pula kekal seramai 276 mangsa daripada 70 keluarga.


Manakala bagi daerah Tambunan, jumlah mangsa banjir juga kekal seramai 13 orang membabitkan empat keluarga.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page