Abdul Halim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu
- nabalunews
- 4 days ago
- 1 min read

25 April 2026
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu berkuat kuasa pada 13 Mei 2026.
Beliau menggantikan Tan Sri Azam Baki yang tamat kontrak pada 12 Mei ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan itu selepas cadangan dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
"Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Sri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya (SPRM)
“Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sultan Ibrahim sebelum ini bertitah akan memilih Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu bagi menerajui badan antirasuah itu dan menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara itu.
Titah Seri Paduka Baginda, jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.















Comments