Abdul Rahman letak jawatan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMS serta mertaAbdul Rahman letak jawatan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMS serta merta
top of page
  • Nur Syafiqah Abdullah

Abdul Rahman letak jawatan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMS serta merta


Datuk Abdul Rahman Dahlan

7 Ogos 2021

Oleh Nur Syafiqah Abdullah


KOTA KINABALU: Datuk Abdul Rahman Dahlan meletak jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkuatkuasa serta merta.


Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, ia selaras dengan keputusan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lalu.


“UMNO adalah sebuah parti perjuangan yang mendukung titah YDP Agong sebagai Raja Berpelembagaan seperti yang termaktub di dalam asas dan tujuan UMNO mengikut Fasal 3,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Abdul Rahman merakamkan ribuan terima kasih kepada mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kerana telah memberi peluang berkhidmat sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah.


“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan Universiti Malaysia Sabah kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan saya di Universiti tersebut,” katany

bottom of page