Adeeba Kamarulzaman, Michelle Yeoh dan Simryn Gill tersenarai dalam Forbes 50 Over 50
14 Januari 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Tiga orang wanita iaitu, pakar penyakit berjangkit Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, pelakon terkenal Tan Sri Datuk Seri Michelle Yeoh dan artis kelahiran Singapore, Simryn Gill telah mengharumkan nama Malaysia apabila disenaraikan dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2022.
Forbes 50 Over 50: Asia 2022 menyenaraikan 50 barisan wanita yang telah membuat perubahan yang besar kepada komuniti dengan cara masing-masing.
Pengiktirafan tersebut meletakkan mereka sebaris dengan tokoh-tokoh wanita yang terkenal lain seperti Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris, pakar biokimia dan Naib Presiden kanan BioNTech Katalin Karikó, dan wartawan Filipina Maria Ressa yang baru-baru ini memenangi Hadiah Keamanan Nobel.
Prof Dr. Adeeba Kamarulzaman yang merupakan pakar dalam HIV/AIDS telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS Malaysia (Malaysia’s Center of Excellence for Research in AIDS).
Pada 2020, Dr Adeeba merupakan saintis Asia pertama yang dilantik sebagai Presiden Komuniti AIDS Antarabangsa (IAS) untuk dua tahun bermula 11 Julai 2020. Beliau juga dilantik sebagai anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun lalu.
Manakala, Michelle Yeoh adalah artis antarabangsa terkenal yang telah membintangi banyak filem blockbuster seperti Crazy Rich Asians pada tahun 2018 dan Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings pada tahun 2021.
Selain itu, Michelle juga bakal menceburi bidang penerbitan filem di mana beliau akan menghasilkan sebuah siri televisyen berlandaskan skandal 1MDB.
Simryn Gill adalah seorang artis yang mencipta karnyanya dengan melukis, membuat arca, fotografi, penulisan dan penerbitan. Beliau dilahirkan di Singapura, dan dibesarkan di Malaysia dan kini tinggal di antara Sydney, Australia, dan Port Dickson, Malaysia.
Antara projek beliau adalah ‘My Own Private Angkor (2007-09)’ yang terdiri daripada 90 gambar yang diambil dari pembangunan perumahan yang telah terbiar dan dirosakkan.
di Malaysia.
Opmerkingen