ADUN Petagas dilantik sebagai Ketua Penerangan Warisan baharuADUN Petagas dilantik sebagai Ketua Penerangan Warisan baharu
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

ADUN Petagas dilantik sebagai Ketua Penerangan Warisan baharu


16 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) telah melantik Ahli Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah sebagai Ketua Penerangan baharu parti itu.


Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretta Padua Jr yang menyatakan keputusan ini dicapai semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan hari ini.


Awang yang juga merupakan Ketua Bahagian Warisan Putatan menggantikan ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang terlebih dahulu telah umum keluar parti untuk menjadi ADUN bebas yang menyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Beliau memenangi kerusi Petagas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan pada bulan September tahun lalu.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page