top of page

ADUN Sindumin keluar Warisan?

nabalunews


3 Okt 2021


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dilaporkan keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) dan menjadi Adun Bebas menyokong kerajaan.


Menurut pegawai media, Mazlan Sanoh, Yusof yang juga Ketua Penerangan Warisan dijangka akan mengumumkan secara rasmi pada minggu hadapan mengenai perkara itu.


"Ya, tadi (keluar parti). Minggu hadapan beliau akan umum," katanya dalam laporan Sinar Harian, pada malam Sabtu.


Mazlan berkata, Yusof mengambil keputusan itu demi rakyat dan mahu membantu rakyat di kawasannya.


"Datuk mahu bantu orang di kawasannya saja. Jadi, baik beliau jadi bebas dan sokong kerajaan yang ada. Sekurang-kurangnya beliau boleh bersuara," katanya.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Yusof mewakili Warisan berjaya menewaskan lima calon lain dengan jumlah undi sebanyak 5,415.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page