• Wartawan Nabalu News

ADUN TUNGKU NAFI KELUAR PARTI WARISAN, SOKONG GRS



Assaffal P.Alian

27 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku Assaffal P.Alian menafikan sekeras-kerasnya, kononnya beliau keluar Parti Warisan dan sokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


"Saya melihat foto saya digunakan portal sabahkini2 pada 26 Feb (kelmarin) dengan tajuk "Enam lagi Adun Warisan keluar parti sokong Gabungan Rakyat Sabah"?



"Adalah satu manipulasi media bagi memecahkan kepercayaan pengundi saya dan nama baik parti Warisan Sabah yang dibina atas prinsip dan nilai diri yang menghormati mandat rakyat yang diberi pada RRN16 yang lalu.


"Saya menafikan sekeras-kerasnya usaha menyeret nama saya Adun N60 Tunku, kononnya saya menyokong GRS," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Assaffal berkata: "Kita tidak perlukan politik provokasi pecah dan perintah lapuk yang bertujuan untuk mendapatkan kuasa dan kepentingan peribadi".


Beliau berkata, kebersamaan dan kesepaduan demi Sabah yang lebih makmur hanya dapat dicapai dalam konsep unity yang dibawakan oleh Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.


"Kesetiaan saya kekal bersama Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Panglina Shafie Apdal," katanya.