top of page

AGC arah PDRM gali semula kubur Zara Qairina

  • nabalunews
  • Aug 8
  • 1 min read

ree

8 Ogos 2025


PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan arahan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir bagi membolehkan bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar Tingkatan 1 itu.


AGC dalam kenyataan hari ini berkata, langkah itu bertujuan memastikan PDRM memperoleh maklumat serta bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina.


"Penelitian laporan siasatan awal mendapati ada keperluan untuk siasatan lanjut diambil polis demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh," menurut kenyataan itu.


Sehubungan itu, katanya laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan termasuk keperluan untuk menggali semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah.


Sebelum ini, ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat mendakwa pengebumian jenazah anaknya pada malam 17 Julai lalu dilakukan tanpa proses bedah siasat kerana tiada pihak mencadangkan kepadanya untuk berbuat demikian.


Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi, 16 Julai lepas.


Mangsa disahkan meninggal dunia keesokan harinya selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page