top of page

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

23 April 2026


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah baginda akan menentukan calon baharu bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Seri Paduka Baginda bertitah menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara itu.


Titah Sultan Ibrahim, jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.


"Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini," titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini, seperti dikongsikan di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Ketika ini jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM disandang oleh Tan Sri Azam Baki dan kontraknya dijadualkan tamat pada 12 Mei ini.


Calon penggantinya setakat ini masih menjadi tanda tanya.


Azam mula menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya pada Mac 2020 bagi menggantikan Latheefa Koya yang meletak jawatan daripada badan antirasuah itu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page