Agong alami kesakitan musculoskeletal, dinasihatkan berehat
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

27 Februari 2026
KUALA LUMPUR: Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini sedang gering susulan masalah kesakitan muskuloskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.
Istana Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.
"Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara, kelmarin.
"Selain itu, majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim, Khamis turut ditangguhkan ke suatu tarikh yang lain," menurut kenyataan itu.
Istana Negara memaklumkan, Sultan Ibrahim bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan Baginda beransur pulih.















Comments