top of page

Agong berkenan kurnia sumbangan bantu mangsa kebakaran di Sandakan

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

22 April 2026


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menghulurkan kurniaan peribadi bagi membantu keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Ahad lalu.


Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka bertitah sumbangan akan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dalam meringankan beban keluarga terlibat dalam tragedi berkenaan.

.

Justeru, Seri Paduka Baginda menitahkan YSIJ bagi menghubungi Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan sumbangan berkenaan dapat disalurkan kepada keluarga-keluarga yang terlibat.


“Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya mendoakan agar mangsa kebakaran diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang menimpa mereka,” titah Seri Paduka Baginda.


Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia memusnahkan kira-kira 1,000 rumah dan menjejaskan lebih 9,000 penduduk.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page