- Wartawan Nabalu News
AGONG DAN PERMAISURI SAMPAIKAN SALAM JUMAAT AGUNG KEPADA PENGANUT KRISTIAN
2 April 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Jumaat Agung dan Hari Paska kepada seluruh umat Kristian di Malaysia.
"We wish all our Christian friends a blessed Good Friday and a very joyous Happy Easter. May your celebrations be filled with hope, peace and love. Stay safe, fellow Malaysians," dalam kad ucapan yang dikongksikan melalui Facebook Istana Negara, di sini, hari ini.
Dalam ucapan itu Agong dan Permaisuri Agong turut mengucapkan selamat Hari Paska.
Jumaat Agung atau Good Friday merupakan hari cuti keagamaan bagi umat Kristian untuk memperingati wafat Yesus Kristus di kayu salib.