Agong kurnia gelaran 'Datuk' kepada Nicol David Agong kurnia gelaran 'Datuk' kepada Nicol David
top of page
  • Farah Salim

Agong kurnia gelaran 'Datuk' kepada Nicol David


16 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Pemain squasy negara Nicol David telah dikurniakam Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini


Atlit yang berusia 38 tahun itu adalah antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara.


Mendahului senarai penerima bagi istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim Ali yang turut dikurniakan PJN.


Antara lain turut membawa gelaran 'Datuk', Setiausaha Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Datuk Zamri Yahya.


Sesi kedua istiadat itu melibatkan 201 penerima iaitu 12 penerima PJN, enam penerima Johan Mangku Negara (JMN), Johan Setia Mahkota (JSM) (tujuh), Johan Setia Diraja (JSD) (dua), Kesatria Mangku Negara (KMM) (18) , Kesatria Setia Diraja (KSD) (lima), Ahli Mangku Negara (AMN) (36), Pingat Pangkuan Negara (PPN) (85) dan Bentara Setia Diraja (BSJ) (30).

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page