top of page

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-219

  • nabalunews
  • Mar 25
  • 1 min read

25 Mac 2026


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga dan veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM, turut menzahirkan penghargaan di atas pengorbanan anggota polis yang sentiasa bersedia menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan demi keamanan serta kesejahteraan rakyat dan negara.


Sultan Ibrahim bertitah, pengorbanan warga PDRM yang sentiasa bersedia menjalankan tugas dalam sebarang keadaan termasuk ketika musim perayaan dan situasi kecemasan, amat dihargai kerana mereka merupakan antara benteng utama keselamatan negara.


“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa melindungi seluruh warga pasukan polis dalam setiap tugas yang dilaksanakan.


“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page