- Nur Syafiqah Abdullah
Ahli-ahli Parlimen PH, Upko, PSB, Bebas tolak kepimpinan Mahiaddin

4 Ogos 2021
Oleh Nur Syafiqah Abdullah
KUALA LUMPUR: Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersama Ahli-Ahli Parlimen Tuaran (UPKO), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menegaskan mereka tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.
Kenyataan itu dikeluarkan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN), Hj Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara, AMANAH), Lim Guan Eng (Parti Tindakan Demokratik, DAP), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Pertubuhan Kinabalu Progresi Bersatu, UPKO), Baru Bian (Parti Sarawak Bersatu, PSB), Datuk Masir Kujat (Parti Sarawak Bersatu, PSB) dan Dr Maszlee Malik (Bebas).
“Adalah mustahil Tan Sri Mahiaddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen Kerajaan semalam.
“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” kata kenyataan itu, hari ini.