top of page

Ahli Parlimen diingatkan kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

19 Januari 2026


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen diingatkan supaya kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia yang diasaskan menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Peringatan itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, ketika bertitah dalam Titah Diraja pada Sidang Dewan Rakyat bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15, hari ini.


Seri Paduka Baginda bertitah, niat asal pembentukan Malaysia adalah berpaksikan perpaduan, saling menghormati serta kerjasama erat antara Negeri-Negeri dan Kerajaan Persekutuan.


“Yang Berhormat sekalian hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak menghasut sampai wujud ketegangan antara wilayah. Sebarang perbezaan pandangan, haruslah diselesaikan secara matang dan bukan menerusi kebencian atau syak wasangka.


“Hakikatnya, hak-hak Negeri perlu sentiasa dihormati. Namun begitu, kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan,” titah Sultan Ibrahim.


Baginda turut mengingatkan Ahli Parlimen supaya melaksanakan tugas dengan penuh amanah, bijaksana dan bertanggungjawab demi kepentingan seluruh rakyat.


“Tahun ini merupakan permulaan Rancangan Malaysia Ke-13. Saya mahu rancangan ini memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, terutama dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam.


“Setiap perbahasan, keputusan dan undian yang dibuat di dalam dewan ini, bukan hanya merupakan pendirian politik parti, tetapi bakal menentukan masa depan kita,” titah Seri Paduka Baginda.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page