top of page
nabalunews

Ahli Parlimen dilarang guna perkataan 'kurang ajar' dalam Dewan Rakyat - Johari

13 November 2024


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata penggunaan perkataan ‘kurang ajar’ tidak dibenarkan dalam Dewan Rakyat.


Beliau menjelaskan bahawa larangan ini dibuat berdasarkan rujukan kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), yang mendefinisikan perkataan tersebut sebagai tidak sopan, kasar, atau berakhlak buruk.


Oleh demikian, mulai saat, masa dan hari ini, saya tidak membenarkan mana-mana ahli (Dewan rakyat) menggunakan perkataan kurang ajar dan saya define (takrifkan) perkataan ini sebagai unparliamentary (tidak berparlimen).


"Jadi, saya berharap Yang Berhormat mengambil perkara ini secara serius dan apa juga yang berlainan daripada itu, saya ingat itu bukan takrifan saya.


"Maka, kurang ajar tidak boleh digunakan dalam Parlimen ini,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu, lapor Sinar Harian.


Pemakluman dibuat Johari itu bagi menjawab surat yang ditulis Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang meminta penjelasannya mengenai penggunaan perkataan 'kurang ajar'.


Dewan Rakyat sebelum ini kecoh seketika susulan perkataan 'kurang ajar' keluarkan seorang ahli Parlimen kerajaan yang ditujukan kepada blok pembangkang.


Susulan itu, Shahidan bangkit mempersoal penggunaan perkataan tersebut.

コメント


bottom of page