top of page

Ahmad Zahid nasihat orang ramai waspada situasi banjir, patuhi arahan

  • nabalunews
  • Oct 14, 2024
  • 1 min read

14 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil tahu perkembangan semasa banjir di beberapa negeri.


Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.


"Utamakan keselamatan dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan jika berlaku sebarang kecemasan," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini, lapor Bernama.


Beliau memaklumkan setakat 6 pagi tadi, Pahang menjadi negeri terbaharu terjejas banjir.


Sebarang maklumat terkini mengenai kejadian bencana di seluruh negara, katanya boleh didapati melalui portal rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page