Alexander Nanta Linggi Laksana Tugas Menteri KUSKOP
- nabalunews
- 6 hours ago
- 1 min read

2 Disember 2025
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berkuat kuasa 3 Disember ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 28 November lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, keputusan itu dibuat bagi memastikan kelancaran urusan kementerian sehingga pelantikan menteri baharu dilakukan.
“Kerajaan turut merakamkan penghargaan kepada YB Datuk Ewon Benedick, Ahli Parlimen Penampang, atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang menerajui KUSKOP,” katanya.


















Comments