Amaran Ribut Petir Di Nabawan dan Tawau
- nabalunews
- Apr 3
- 1 min read

3 April 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan dua daerah di negeri ini akan dilanda cuaca buruk malam ini.
Dua daerah berkenaan iaitu Nabawan dan Tawau dijangkakan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 2 pagi Jumaat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Sementara itu, beberapa daerah di Sarawak turut dijangkakan dilanda cuaca buruk antaranya Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu.
“Selain itu, daerah Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang turut diletakkan dalam kawasan berjaga-jaga,” katanya.
Comments