Amaran tegas terhadap penyalahgunaan pas lawatan sosial – Fahmi
- nabalunews
- 11h
- 1 min read

7 November 2025
PUTRAJAYA: Kerajaan memberi amaran tegas kepada pelancong asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja atau berniaga di negara ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan peningkatan kes pelancong asing yang didapati menjalankan aktiviti ekonomi tanpa kebenaran.
“Jemaah Menteri telah membuat pertimbangan dan memutuskan untuk mengeluarkan amaran kepada pelancong yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja atau berniaga.
“Pemegang pas lawatan sosial tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana aktiviti perniagaan atau pekerjaan di Malaysia,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan penggunaan pas berkenaan.














