AMK berhimpun desak pengunduran Azam Baki
top of page
  • Farah Salim

AMK berhimpun desak pengunduran Azam Baki



20 Januari 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhimpunan di pintu masuk Bangunan Parlimen hari ini mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengundurkan diri dari jawatannya.


Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 50 orang itu dilihat membawa payung Keadilan dan plakad bertulis 'Undur Azam Undur' dan 'Lawan Rasuah' sambil melaungkan 'undur Azam Baki'.


Dalam perhimpunan tersebut AMK juga mengemukakan memorandum rakyat yang mengandungi lapan tuntutan berkaitan isu pemilikan saham Azam Baki dan juga rombakan terhadap SPRM.


Menurut Ketua AMK Akmal Nasrullah Nasir seperti yang dipetik dalam laporan Malaysian Gazzete, pihaknya mendesak supaya kerajaan menggantung serta-merta tugas Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menjalankan satu siasatan secara menyeluruh.


“Kami juga menyarankan tindakan undang-undang dikenakan kepada Tan Sri Azam Baki termasuk memanggil semua saksi dan meneliti semua dokumen berkaitan,” katanya semasa perhimpunan AMK pagi tadi.


Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seterusnya akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun di Parlimen.


Turut hadir semasa penyerahan memorandum tersebut ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Maszlee Malik (Simpang Renggam), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Datuk Maria Chin Abdullah (PetalingJaya – PH), Teresa Kok (Seputeh-PH), Fuziah Salleh (Kuantan), Datuk Mahfuz Omar (Pkk Sena) dan P. Prabakaran (Batu).


Antara tuntutan lain dalam memorandum tersebut ialah, pindaan terhadap akta SPRM 2009, individu yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada masa depan perlu buat pengisytiharan harta terlebih dahulu sebelum pengesahan lantikan, kerajaan memperkenalkan rang undang-undang hidup melampaui kemampuan dan meletakkan SPRM serta suruhanjaya lain di bawah bidang kuasa Parlimen termasuk pelantikan Ketua Pesuruhjaya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page