ANAK MUDA DAN POLITIK - APA MAHU MU?ANAK MUDA DAN POLITIK - APA MAHU MU?
top of page
  • Wartawan Nabalu News

ANAK MUDA DAN POLITIK - APA MAHU MU?


Maxolvin Sintore

20 May 2021


Sebagai anak muda yang terlibat secara langsung dalam kancah politik Sabah, saya ingin berkongsi sedikit pendapat kepada rakan-rakan belia muda di luar sana. Mungkin kita boleh berbincang mengenai ini.


Tidak dinafikan, ada yang masuk kancah politik ini semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan ada juga yang orang kampung cakap "pok porojek". Dan inilah yang membuat golongan muda malah masyarakat secara umum melihat politik ini sangat kotor dan jijik.



Realitinya, masih terdapat golongan-golongan dalam politik ini yang ikhlas dalam berpolitik - demi untuk menjadikan Sabah sebuah tanah yang maju, harmoni dan yang paling penting tempat yang selamat untuk didiami.


Nah putung cerita, mengulas mengenai keadaan politik di Sabah ni, bersepah bah parti politik- banyak betul! Tapi yang dominan cuma ada satu.


Yang lain, serpihan-serpihan kaca yang jatuh atas batu. Ini sama seperti keadaan sebelum PRU 2018 yang mana kerajaan didominasi oleh satu parti gergasi sahaja dan parti-parti kecil lain hanya pelengkap sahaja.


Menurut pandangan saya sebagai orang muda, ini tidak sihat. Bukan mahu menuduh mana mana parti tapi akan ada kebarangkalian bahawa parti yang dominan itu akan menjadi penentu kepada hampir semua keputusan penting - tiada semak dan imbang.



Satu cara untuk elakkan perkara ini berlaku, bagi saya sebagai anak muda, alangkah baiknya sekiranya parti-parti serpihan yang ada pada hari ini ini bergabung menjadi satu parti saja, jangan la lagi buat gabungan beberapa parti, bentuk parti baru atau guna satu parti saja. Kamu panggil la apa pun, tunggalan ka, singol ka, what ever it is.


Nah ini supaya di Sabah kita akan hanya ada dua parti dominan yang masing-masing memerlukan antara sama lain - maka tiada yang akan besar kepala. Ini juga dapat memperkuatkan Sabah sama seperti Sarawak.


Kami sebagai rakyat ingin lihat kemajuan bukan lihat aktiviti berpolitik para ahli politik yang tidak pandai habis, tapi hasilnya, tengoklah kedudukan Sabah sebagai antara negeri yang paling miskin dan mundur masih lagi belum berubah, orang bilang takan lah tatap dan berpencen sama tu kedudukan kan?!


Nah menjawab soalan diatas - Anak Muda dan Politik apa mahu mu?


Jawapan saya, saya inginkan pemimpin yang lebih mengutamakan Sabah dan bukannya parti politik mereka masing-masing sahaja!


Maxolvin Sintore

Ketua Exco Generasi Muda UPKO Malaysia




bottom of page