Anak Zahid Haimidi dikecam teruk netizen
top of page
  • Farah Salim

Anak Zahid Haimidi dikecam teruk netizen


2 Jun 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Anak Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Ahmad Hamidi, Datuk Nurul Hidayah Zahid teruk dikecam netizen gara-gara satu kenyataan melalui video pendek yang menyatakan golongan wanita tidak dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin sebaliknya ia lebih layak disandang oleh lelaki.


Kenyataan Nurul Hidayah itu menerima pelbagai kritikan. Menurut netizen, wanita seharusnya memberikan inspirasi dan sokongan kepada wanita lain, bukannya merendahkan kedudukan wanita di mata masyarakat.


Tidak kurang juga yang membandingkan kenyataan Nurul Hidayah itu dengan kenyataan beberapa pemimpin wanita muda yang lain iaitu Nurul Izzah Anwar dan usahawan Nur Sajat.


Mereka kecewa dengan kenyataan Nurul Hidayah kerana ia seolah-olah merendah-rendahkan kebolehan wanita negara ini untuk bersaing dengan para pemimpin wanita lain di negara lain.


Dalam satu wawancara Sinar Daily baru-baru ini, Nurul Zahid seoalah-olah memperlekehkan kaum wanita dengan menyatakan bahawa wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin.


"Saya rasa... saya rasa wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin, tahu (anda tahu)," katanya dalam video itu dengan senyuman, sebelum berhenti sebentar untuk mempertimbangkan hujahnya.


Menerusi video tersebut, Nurul Hidayah berkata hanya lelaki yang dilahirkan mempunyai kebolehan unik menjadi sebagai pemimpin.


"Ya, wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Seorang lelaki dilahirkan untuk menjadi pemimpin, jadi... Saya fikir untuk hak asasi manusia, untuk hak wanita, saya fikir semua patut ada 'hak', kerana kita semua manusia,” katanya.


Bagaimanapun, konteks jawapannya tidak jelas kerana video itu tidak memasukkan soalan yang dijawab oleh anak kepada bekas timbalan perdana menteri itu.


Kenyataannya membingungkan warga netizen, termasuk beberapa yang menyatakan bahawa Nurul Hidayah memegang jawatan kepimpinan korporat yang jelas bertentangan dengan pandangannya sendiri tentang peranan gender.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page