top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anggota kabinet sudah hantar surat peletakan jawatan: Khairy



16 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Anggota Kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Khairy Jamaluddin melalui media sosial sebentar tadi.


“Terima kasih kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara. Semoga Allah memberkati Malaysia,” tulis Khairy secara ringkas dalam Instagramnya.


Bagaimanapun sehingga kini, belum ada sebarang makluman daripada Istana Negara.


Dalam laporan media semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Agong hari ini.