Anwar alami masalah kesihatan, batal lawatan kerja ke Pahang
- nabalunews
- Nov 2, 2025
- 1 min read

2 November 2025
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini selepas mengalami masalah sakit belakang.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pembatalan saat akhir tersebut dibuat atas nasihat pasukan perubatan selepas mengalami kesakitan yang menyebabkan pergerakan beliau terbatas.
"Atas nasihat doktor, Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi.
"Perdana Menteri memohon maaf setulusnya, khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau," menurut kenyataan itu.
Anwar sebelum ini dijadualkan menghadiri tiga program rasmi di negeri itu hari ini termasuk merasmikan majlis penutup Hari Peniaga Kecil (HKKP) 2025 di Lurah Semantan, Temerloh.


















Comments