Anwar bawa isu syarat kemasukan OKU dalam TVET ke Kabinet
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar bawa isu syarat kemasukan OKU dalam TVET ke Kabinet



3 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Isu syarat-syarat kemasukan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mesyuarat Kabinet.


Beliau berkata, beliau akan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara untuk memberi kelonggaran kepada OKU yang berminat menyertai program TVET.


"Saya maklum bahawa kerajaan akan mempertimbangkan semula syarat kemasukan pelajar kategori OKU dalam program tersebut.


"TVET dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri... saya akan beritahu dia walaupun ada kelonggaran kepada OKU... jangan kenakan syarat-syarat seperti dua tangan... syarat yang ada keupayaan... insya-Allah kita berikan ruang, saya tidak fikir terlalu masalah," katanya ketika menjawab soalan alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Ruzimi Mohamed dalam Program Temu Anwar di UTM Skudai, pada Ahad.


Dr Ruzimi sebelum itu bertanya mengenai syarat kemasukan OKU yang tidak sesuai dengan keadaan mereka dalam permohonan program TVET.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page