• Farah Salim

Anwar desak kerajaan dedah pihak terlibat kontrak 5G


1 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan untuk mendedahkan nama pihak dan syarikat yang terlibat dengan kontrak perkhidmatan telekomunikasi 5G di negara ini.


Beliau berkata ini kerana perlu ada penjelasan terhadap peningkatan kos yang berterusan, iaitu antara RM11 bilion dan RM28 bilion.


Tambahnya, proses tender itu sepatutnya bertindak telus dan orang ramai perlu tahu syarikat, ejen atau VIP mana yang terlibat.


“Rakyat sedang menderita, tiada pekerjaan, malah kemudahan sekolah dan komputer riba tidak mencukupi tetapi kita mahu membelanjakan berbilion-bilion,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.


Rangkaian 5G milik kerajaan Malaysia dijangka akan dilancarkan hujung tahun ini.


Rancangan untuk rangkaian 5G borong pertama kali dicadangkan pada tahun 2019 dan ditangguhkan, sebelum dimulakan semula tahun ini dengan kontrak infrastruktur bernilai RM4 bilion yang diberikan kepada Ericsson.


Rancangan Malaysia ke-12, yang diluluskan Parlimen pada 7 Oktober, juga merangkumi pelaburan tambahan sebanyak RM15 bilion untuk rangkaian tersebut.