Anwar gesa kerajaan serap 10,500 pegawai perubatan kontrak kepada jawatan tetapAnwar gesa kerajaan serap 10,500 pegawai perubatan kontrak kepada jawatan tetap
top of page
  • Farah Salim

Anwar gesa kerajaan serap 10,500 pegawai perubatan kontrak kepada jawatan tetap


10 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan agar 10,500 pegawai perubatan kontrak diserap sebagai kakitangan tetap.


Dalam sesi perbahasan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat baru-baru ini, presiden Pakatan Harapan (PH) itu menjelaskan bahawa ini penting kerana ianya sejajar dengan jasa dan pengorbanan mereka sewaktu pandemik Covid-19 dan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.


"Kelompok ini adalah kelompok barisan hadapan, keluhan mereka berlarutan. Sebab itu kita mendesak kerajaan supaya memberikan keadilan dengan melantik mereka secara tetap dan implikasi kewangan itu saya tidak fikir menjadi satu alasan munasabah kerana ketirisan dan kebocoran dan perbelanjaan yang tidak berfaedah masih berterusan.


"Jadi saya ingin mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sementara ada sedikit kemajuan untuk pelantikan tetap, saya mahu jaminan menteri bahawa jawatankuasa ini menjamin melantik 10,500 (doktor kontrak ini) secara tetap


"Apakah langkah kerajaan dalam menghadapi gelombang kedua hartal doktor kontrak nanti, dan halangan kepada kerajaan dalam mengambil mereka ke jawatan tetap serta berapa implikasi tambahan kewangan kementerian jika kerajaan menyetujui pengambilan mereka," tambanya.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersependapat dengan Anwar agar doktor kontrak tersebut diberikan pelantikan tetap.


Walau bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan bahawa kesemua kakitangan kontrak tersebut akan diserap.


Khairy menjelaskan bahawa kerajaan bersetuju untuk meneruskan kontrak 10,500 kakitangan berkenaan untuk dua tahun lagi.


Di samping itu, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji kaedah atau keperluan doktor berkenaan diserapkan ke jawatan tetap dengan meminda beberapa akta.


Ujarnya lagi, daripada 10,500 pegawai yang tamat tempoh wajib (konrak) 4,186 pegawai telah pun dinilai dan boleh diperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk lantikan tetap dengan implikasi kewangan sebanyak RM337 juta.

bottom of page