Anwar Ibrahim sepatutnya tidak dipersalahkan - AMKAnwar Ibrahim sepatutnya tidak dipersalahkan - AMK
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar Ibrahim sepatutnya tidak dipersalahkan - AMK


21 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak patut dipersalahkan sepenuhnya ke atas kekalahan PH di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin berkata ini kerana terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui Anwar tetapi akhirnya akur dengan kehendak majoriti dari parti Amanah dan DAP.


"Keadilan kehilangan dua kerusi yang disandang tetapi DAP kehilangan empat kerusi dan AMANAH kehilangan satu kerusi yang disandang.


“Di sini kita boleh lihat setiap komponen Harapan kehilangan banyak kerusi dan kekalahan ini perlu dipikul bersama.


"Saya menggesa pimpinan daripada DAP, AMANAH dan Keadilan sendiri untuk berhenti menuding jari antara satu sama lain seterusnya duduk bersama bagi membincangkan serta mencari kelemahan sebelum ini untuk diperbaiki.


"Kita perlu faham faktor pentadbiran di peringkat persekutuan antara faktor utama rakyat memilih BN dan Harapan perlu akui," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Tegasnya, para pimpinan PH perlu segera duduk semeja bagi memperkukuhkan kesatuan dimana PH bakal berhadapan dengan Pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum ke-15 tidak lama lagi.


Ujar Razeef lagi, beliau yakin PH mampu mengambil semula pentadbiran negara pada PRU-15 akan datang memandangkan pengundi tidak terikat serta bebas untuk memilih kerajaan yang akan memimpin negara selepas PRU-15.

bottom of page