Anwar kecam tindakan Polis tahan AMK dan MUDAAnwar kecam tindakan Polis tahan AMK dan MUDA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar kecam tindakan Polis tahan AMK dan MUDA


13 Januari 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak Polis dalam menyiasat pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK), dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berhubung isu perhimpunan yang diadakan baru-baru ini.


Perhimpunan AMK dan MUDA diadakan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Selain itu, Anwar juga membantah terhadap polis atas tindakan menyiasat Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berhubung siaran media sosial berusia lima tahun seperti dikongsinya.


“Serta Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, yang turut dipanggil polis berhubung kehadirannya menyaksikan penyerahan memorandum kepada pihak SPRM,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.


Ujarnya, langkah tersebut ternyata suatu bentuk intimidasi dan tekanan oleh pihak berkuasa terhadap pimpinan pembangkang dalam menyikapi gejala rasuah di negara ini.


“Oleh itu, saya menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani untuk menghentikan gangguan terhadap mereka ini,” katanya


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page