top of page
Wartawan Nabalu News

Anwar: Kerajaan pertahankan Perlembagaan, termasuk Perkara 153


20 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani kukuh mempertahankan kedudukan Perlembagaan Persekutuan, termasuk Perkara 153 yang melindungi hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Tak perlu bincang, sudah ada dalam Perlembagaan. Kita pertahankan kedudukan Perlembagaan, termasuk Perkara 153," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 di Sasana Kijang, di sini, hari ini.


Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang baru-baru ini menggesa agar Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) meneliti semula Perkara 153 dan dasar afirmatif bagi bumiputera.


Hassan, yang merupakan wakil rakyat PKR, pada Ahad lalu mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan jika Perkara 153 dan dasar afirmatif telah "dirampas dan dimanipulasi" oleh segelintir golongan elit bumiputera yang tidak mewakili majoriti bumiputera.


KEB 2024 adalah satu platform untuk mencadangkan hala tuju dan pendekatan baharu dalam agenda pemerkasaan bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.

Comments


bottom of page