top of page

Anwar mengalu-alukan kemasukan UPKO dalam 'keluarga besar' Pakatan Harapan

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 27, 2021
  • 1 min read

ree

26 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kemasukan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) ke dalam Pakatan Harapan.


Menurutnya, beliau menyambut baik keputusan tersebut dan berbesar hati menerima UPKO ke dalam keluarga besar Pakatan Harapan (PH).


"Ia suatu khabar yang cukup menggembirakan dan bermakna Tatkala PH sedang merangkul seberapa besar kekuatan kita dalam mengangkat denyut nadi rakyat berbilang kaum, termasuk kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam era yang sangat mencabar hari ini," katanya menerusi media sosialnya di Facebook.


Menurut beliau, dalam menangani isu kesihatan dan ekonomi yang sangat besar pada ketika ini, kekuatan dari pelbagai pihak amat diperlukan.


"Saya hargai kebersamaan ini serta semoga kita dapat bersama merencana strategi yang ampuh dan rapi dalam menyediakan bangsa dan negara untuk fasa pasca Covid-19 kelak," katanya.


Sebelum ini, Setiausaha Agung Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan kemasukan UPKO dalam satu kenyataan media petang tadi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page