Anwar minta Fahmi tentukan masa, tarikh debat dengan Najib
top of page
  • Farah Salim

Anwar minta Fahmi tentukan masa, tarikh debat dengan Najib



Oleh Farah Salim

5 April 2022


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk menyelaras dan memperincikan tarikh serta masa bagi mengadakan debat khas bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu negara dan kewangan Sapura Energy Berhad (SEB).


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga meminta Fahmi berbincang dengan pihak media berkaitan liputan penganjuran debat berkenaan.


Katanya, liputan penganjuran debat tersebut harus disiarkan secara meluas melalui media.


“Saya telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai, saudara Fahmi Fadzil untuk menyelaras serta memperincikan dengan pihak Dato' Seri Najib Razak berhubung tarikh dan masa sesi debat khas soal negara dan sapura,” katanya dslam perkongsian melalui Facebooknya, hari ini.


Sebelum ini, Anwar yang juga Presiden PKR menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Najib mengenai isu tersebut.


Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas Najib dilaporkan bersedia menerima cabaran debat daripada Rafizi Ramli namun ia perlu melibatkan Anwar.

bottom of page