top of page

Anwar: Pelaburan Elon Musk tidak menafikan syarikat tempatan

Wartawan Nabalu News

21 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan yang dibuat oleh syarikat milik Elon Musk, iaitu Space X dan Tesla, tidak bermaksud pleuang syarikat tempatan diabaikan.


Beliau berkata, peluang pelaburan yang diberikan kepada syarikat-syarikat tersebut adalah selektif dan berdasarkan keperluan untuk memberikan keyakinan dan penglibatan negara ini dalam transformasi digital dan IT.


Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat tiga syarikat tempatan yang terlibat dalam pelaburan Space X dan beberapa lagi yang berpotensi untuk mengeluarkan bateri atau bahagian lain yang diperlukan oleh Tesla.


Beliau memberi penjelasan ini dalam temu bual bersama CNBC yang disiarkan semalam.


"Ini bukan perkara baharu. Ia telah diberikan kepada transformasi digital, untuk aktiviti dan pelaburan melibatkan IT. Kami telah lakukan sebelum ini, ia sangat selektif, ia bukan hanya untuk Elon Musk yang saya rasakan satu keperluan untuk memberikan keyakinan dan penglibatan negara ini," katanya.


Tambah beliau, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berpendapat bahawa kaedah pelaburan yang digunakan oleh syarikat-syarikat Elon Musk adalah lebih menguntungkan daripada memiliki ekuiti.


"MITI melihat secara keseluruhan proposal tersebut, adalah lebih menguntungkan berbanding 20 hingga 30 peratus ekuiti, itu yang kami lihat. Begitu juga dengan Geely-Proton, kerana terdapat bekalan peralatan. Seperti yang saya kata mengenai Space X, terdapat 3 pemain utama di sini," katanya.


Beliau juga berkata bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan Elon Musk sendiri berhubung pelaburannya di negara ini dan mendapat komitmen daripadanya untuk membuka ibu pejabat Tesla di Cyberjaya tahun ini.


"Jika Space X ingin beroperasi di sini tanpa sebarang ekuiti, saya berpendapat ia bukan masalah kerana kami mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan alat ganti untuk Space X," katanya lagi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page